More

    iQOO 13 dilancar di Malaysia: SD 8 Elite, cip Q2, AMOLED 144Hz, cas pantas 120W bermula RM3,499

    vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon gaming terbaru yang dilengkapi spesifikasi tercanggih pada waktu ini iaitu iQOO 13. Selain dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang menawarkan prestasi tercanggih untuk telefon Android pada waktu ini, ia turut mempunyai beberapa spesifikasi lain yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman gaming anda.

    Telefon ini mempunyai Supercomputing Chip Q2 yang dibangunkan oleh iQOO sendiri bagi menyediakan prestasi grafik yang tinggi dalam game. Ia membenarkan game anda untuk dimainkan pada resolusi 2K dengan kadar bingkai setinggi 144fps, sambil mengekalkan penggunaan tenaga yang rendah.

    Skrinnya pula mempunyai panel OLED Q10 6.82 inci dengan pengiktirafan TÜV Rheinland Full Care Display Certification dan TÜV Rheinland Circular Polarization Certification bagi menghasilkan tontonan yang selesa pada mata anda. Ia boleh menghasilkan kecerahan puncak sehingga 4,500 nits untuk tontonan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

    Baterinya berkapasiti 6,150mAh, menyokong pengecasan pantas 120W dan menyokong fungsi Bypass Charging jika anda ingin mengecas telefon sambil bermain game. Dengan Bypass Charging, tenaga elektrik tidak akan digunakan untuk mengecas bateri, sebaliknya ia hanya difokuskan kepada komponen dalaman iQOO 13 sahaja bagi menjana prestasi tertinggi.

    Ia mempunyai 1016H Ultra-Wide Vibration Motor yang menghasilkan getaran 4D untuk memberikan pengalaman gaming yang lebih seronok. Untuk penyejukan pula, ia mempunyai 7K Ultra VC Cooling System yang menampilkan kamar wap seluas 7000 mm2, menjadikannya kamar wap terbesar dalam sejarah telefon iQOO setakat ini bagi melesapkan haba dengan lebih efisien.

    Seperti telefon-telefon iQOO sebelum ini, ia mempunyai hiasan BMW Motorsport dengan jalur biru-hitam-merah di belakangnya.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk iQOO 13:

    • Skrin Q10 OLED 6.82 inci, resolusi 2K (3168×1440), kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 4,500 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
    • RAM 12GB atau 16GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto 50MP
    • Kamera hadapan 32MP
    • Bateri 6,150mAh
    • Pengecasan pantas 120W FlashCharge, pengecas disertakan dalam kotak
    • Pembesar suara stereo
    • Sistem operasi Android 15 dengan Funtouch OS 15
    • Rating kalis air IP68 & IP69
    • Pilihan warna putih Legend dan hitam Alpha
    • Harga:
      • 12GB+256GB: RM3,499
    • 16GB+512GB: RM3,699

    Pra-tempahan untuk iQOO 13 akan berlangsung pada hari ini sehingga 6 Disember 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM1,410, seperti fon telinga wayarles iQOO TWS 1e, perlindungan retak skrin selama 2 tahun serta jaminan iQOO 1+2 tahun.

    "
    "

    Lebih menarik, para pelajar dan pensyarah boleh menikmati diskaun RM300 untuk iQOO 13. Dengan pembelian iQOO 13 juga, anda boleh dapatkan vivo Watch 3 dengan potongan harga sebanyak 30% dan iQOO Finger Sleeve pada harga istimewa RM9 sahaja.

    Pra-tempahan boleh dibuat di laman web rasmi vivo Malaysia, Shopee, Lazada, atau mana-mana peruncit sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...