More

    iQOO 15 akan dilancar di Malaysia pada 9 Disember 2025, tempah sekarang pada harga RM9.90

    iQOO Malaysia bakal melancarkan telefon gaming terbaru, iQOO 15, pada hari Selasa, 9 Disember 2025. Khas untuk para pelanggan yang bersemangat untuk mendapatkan telefon berkebolehan tinggi ini, pra-tempahan untuknya telah pun dibuka bermula hari ini sehingga 8 Disember 2025.

    Anda boleh buat pra-tempahan dengan harga serendah RM9.90 sahaja di platform atas talian iQOO Malaysia yang rasmi. Apabila anda membuat pembayaran penuh dan menerima iQOO 15 selepas ia dilancar kelak, anda akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,370 yang terdiri daripada:

    • E-baucar trade-in RM100
    • Sarung iQOO 15
    • Fon telinga wayarles iQOO Buds Air
    • Sarung jari iQOO
    • Perlindungan skrin retak
    • Waranti lanjutan 2 tahun

    iQOO 15 merupakan sebuah telefon andalan yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 bagi menjana prestasi yang tinggi untuk semua kegunaan, termasuklah game yang berat. Ia telah pun dilancar di China pada bulan lalu.

    Baterinya pula berkapasiti 7,000mAh yang mampu menyediakan sesi gaming berterusan selama 10.5 jam. Ia menyokong kadar pengecasan pantas 100W FlashCharge, 40W Wireless FlashCharge dan fungsi bypass charging untuk mengurangkan penjanaan haba sewaktu anda bermain game sambil mengecas telefon.

    Ia turut dilengkapi sistem penyejukan kamar wap lapisan haba (vapour chamber heat plate), dwi-lapisan graphite dan Super Thermal Gel untuk melesapkan haba dengan lebih pantas.

    Ia didatangkan dengan sistem operasi OriginOS 6 berdasarkan Android 16 bagi menawarkan penggunaan yang responsif. iQOO memberi jaminan bahawa ia akan kekal lancar walaupun dengan penggunaan selepas lima tahun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured