More

    iQOO 15 sah bakal tiba di Malaysia dengan SD 8 Elite Gen 5 dan paparan 6000 nits

    Terbaharu, iQOO Malaysia mengesahkan bahawa iQOO 15 bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi selepas tersenarai pada SIRIM. iQOO 15 diletakkan sebagai telefon mercu gaming yang memfokuskan kelancaran, respons pantas dan ketahanan untuk sesi permainan dalam jangka masa yang panjang.

    Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 berasaskan proses 3nm dengan peningkatan sehingga 32% respons CPU dan 23% prestasi GPU berbanding generasi sebelumnya. iQOO 15 juga dipadankan dengan storan UFS 4.1 dan memori LPDDR5X Ultra Pro. Menariknya, ia hadir bersama cip tambahan Supercomputing Chip Q3 yang dibina dengan tiga teras tersendiri seperti DA Core, RT Core dan AI Core untuk tugasan berbeza seperti mengurus kejelasan visual, interpolasi bingkai serta ray tracing.

    Dengan gabungan teknologi seperti Concurrent Super Resolution, Frame Interpolation dan QNSS Super Sampling, iQOO mendakwa ia mampu menghasilkan render “true 2K” serta mengekalkan kelancaran tinggi dalam permainan. Paparan turut menjadi tumpuan besar apabila model ini menggunakan panel Samsung 2K M14 LEAD AMOLED yang menawarkan kecerahan sehingga 2600 nits dan puncak setempat sehingga 6000 nits.

    Ia dilengkapi Triple Ambient Light Sensor, liputan warna 118% NTSC dan ciri Polarization Free Natural Light untuk visual lebih konsisten dalam apa jua keadaan cahaya. Paparan ini juga menerima pensijilan TÜV Rheinland termasuk Full Care Display, Circular Polarization, Flicker-Free dan Anti-Fatigue Brightness Adjustment.

    Siri iQOO 15 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Legend dan ZEN. Turut disertakan ialah sentuhan moden dengan elemen seperti floating Deco serta Monster Halo yang sinonim dengan identiti iQOO. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...