More

    iQOO 15 tersenarai pada SIRIM, bakal dilancarkan di Malaysia kelak

    iQOO hari ini mengumumkan pelancaran global iQOO 15 yang menetapkan penanda aras baharu untuk telefon mercu dan permainan mudah alih. Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm) dengan CPU Qualcomm Oryon generasi ketiga digandingkan bersama Supercomputing Chip Q3 milik iQOO yang menumpukan pada prestasi grafik dan kecerdasan buatan.

    Gabungan dua cip ini menjanjikan peningkatan sehingga 32% pada CPU dan 23% pada GPU bersama storan UFS 4.1 dan RAM LPDDR5X Ultra Pro yang mampu mencapai kelajuan baca hingga 10.7Gbps. iQOO turut memperkenalkan QNSS (Neural Super Sampling) yang menggunakan AI untuk meningkatkan resolusi grafik dalam permainan dan teknologi ray tracing bagi kesan cahaya sinematik pada telefon Android pertama di dunia.

    Untuk pengalaman permainan profesional, iQOO 15 hadir dengan motor getaran dwi-paksi, Next-Gen Super Touch Control dan sistem audio Symmetrical Drum Master Speaker yang disertakan dengan Gaming HyperSense Audio. Paparan pula menggunakan Samsung 2K M14 LEAD OLED yang mencapai kecerahan puncak 6,000 nits bersama pensijilan TÜV Rheinland.

    QOO 15 menjadi peranti pertama dengan OriginOS 6 versi global yang menjanjikan pengalaman lancar sehingga lima tahun. Ia menawarkan ciri pintar seperti Copy & Go, Drag & Go serta integrasi mudah dengan iPhone dan Mac melalui One-tap Transfer dan Office Kit. Peranti ini disahkan bakal dilancar secara rasmi dalam pasaran Malaysia pada Disember 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured