More

    iQOO 15 Ultra tiba dengan SD 8 Elite Gen 5, AMOLED 6.85″ 144Hz dan “Ice Dome” bermula ~RM3,233

    iQOO secara rasmi melancarkan iQOO 15 Ultra sebagai telefon pintar berprestasi tinggi yang memfokuskan pengalaman permainan dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 berasaskan proses 3nm. Ia hadir dengan paparan rata Samsung M14 AMOLED bersaiz 6.85 inci beresolusi 2K (3168×1440) yang menyokong kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak sehingga 8,000 nits serta liputan warna 118% DCI-P3.

    Paparannya turut menyokong HDR, 2160Hz PWM dimming, DC dimming, reka bentuk tanpa polarizer, kadar pensampelan sentuhan sehingga 4000Hz dan respons multi-jari 480Hz. iQOO 15 Ultra digandingkan dengan GPU Adreno 840, storan UFS 4.1, RAM LPDDR5X Ultra Pro serta cip e-sukan dalaman Q3. Gabungan ini menyokong penskalaan 2K masa nyata, ray tracing penuh dan interpolasi bingkai 120fps selain mencatat skor AnTuTu 4.51 juta.

    Bagi mengekalkan prestasi berterusan, iQOO 15 Ultra menggunakan sistem penyejukan Ice Dome yang merangkumi kipas 59 bilah bersaiz 17×17mm, ruang wap seluas 8,000mm², lapisan grafit dan penebat aerogel serta menerima pensijilan TÜV Rheinland. Ia turut dilengkapi butang bahu sensitif tekanan, motor getaran paksi magnet 091640 untuk maklum balas 4D dan giroskop 500Hz.

    iQOO 15 Ultra menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 dengan sokongan animasi Atomic Motion 6.0 dan papan pemuka Game Space baharu untuk pengurusan serta analisis prestasi permainan. Sistem ini menyokong penghantaran skrin 2K 60fps dan penstriman satu sentuhan bagi beberapa permainan utama pada 144fps berterusan.

    Untuk kamera, ia menggunakan kamera utama 50MP Sony IMX921 dengan OIS, ultra lebar 50MP sudut pandang 107° dan telefoto periskop 50MP Sony IMX882 dengan zum optik 3x serta zum digital sehingga 100x. Kamera utama dan telefoto menyokong penstabilan tahap CIPA 4.5 manakala kamera hadapan 32MP menyokong rakaman video 4K. Kamera belakang pula menyokong rakaman sehingga 8K.

    iQOO 15 Ultra dibekalkan bateri Blue Ocean sel tunggal berkapasiti 7,400mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan wayarles 40W. Ciri lain termasuk pensijilan kalis air dan debu IP68 serta IP69, pengimbas cap jari ultrasonik 3D, sokongan NFC, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan 29 antena bagi kestabilan isyarat. Ia turut menyokong dwi-SIM 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan USB 3.2 Gen1.

    iQOO 15 Ultra ditawarkan dalam warna perak dan hitam. Harga bermula 5,699 (~RM3,233) yuan dengan varian tertinggi 24GB/1TB mencecah 7,699 yuan (~RM4,368). Nantikan perkembangan daripada iQOO tentang ketersediaannya secara global. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo Cn

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...