More

    iQOO 15R kini rasmi di Malaysia dengan SD 8 Gen 5, bateri 7,600mAh bermula RM2,499

    iQOO 15R kini rasmi di Malaysia sebagai telefon mercu berfokus prestasi dengan gabungan cip Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7600mAh dan sistem penyejukan baharu untuk penggunaan berintensiti tinggi termasuk gaming kompetitif. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 5 bersama Supercomputing Chip Q2 dan Monster HyperCore Engine dalam konfigurasi dwi-cip.

    Gabungan teknologi ini menyokong 1.5K Super Resolution dan interpolasi bingkai sehingga 144FPS untuk permainan yang disokong. iQOO 15R dilengkapi skrin 6.59 inci AMOLED resolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz dan ciri Hardware-Level Game Eye Protection. Reka bentuknya menampilkan bingkai logam dengan kemasan belakang licin dan modul kamera condong yang disepadukan ke dalam struktur badan peranti.

    Baterinya berkapasiti 7600mAh berasaskan silikon anod bersama pengecasan pantas 100W FlashCharge. Fungsi Advanced Bypass Charging membekalkan kuasa terus ke sistem ketika bermain sambil mengecas bagi mengurangkan haba. Sistem penyejukan 6.5K IceCore VC Cooling bersama helaian grafit dwi-lapisan digunakan untuk mengekalkan suhu stabil.

    Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera utama 50MP Sony LYT-700V dengan OIS dan sokongan 2x Lossless Zoom menggunakan algoritma vivo NICE manakala kamera wafoto pula ialah 32MP. Peranti ini menjalankan OriginOS 6 dengan Origin Smooth Engine yang menjanjikan sokongan prestasi lancar sehingga lima tahun.

    Ciri tambahan termasuk AI Creation, AI Captions, Origin Island, One-Tap Transfer dan Office Kit dengan iPad. Sambungan dipertingkat melalui cip Network Enhancement khusus dan seni bina Surround Antenna untuk kestabilan isyarat dalam kawasan sesak. Dalam perkembangan berkaitan, iQOO 15R diangkat sebagai telefon rasmi kejohanan Malaysian Kings League 2026 (MKL 2026) dengan 10 pasukan termasuk enam pasukan rakan kongsi.

    iQOO 15R ditawarkan dalam warna Pixel Silver dan Dark Knight pada harga RM2,499 untuk 12/256GB dan RM2,699 bagi 12/512GB. Ia boleh dibeli menerusi TikTok Shop rasmi iQOO, Shopee, Lazada dan vivo Concept Store. Promosi dari 2 hingga 8 Mac menawarkan hadiah bernilai sehingga RM458 termasuk iQOO Buds, lanjutan waranti 1+1 tahun dan jaminan skrin retak selama 180 hari.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...