More

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6, skrin 2K 165Hz dan bateri 8,400mAh

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam empat pilihan varian iaitu 12/256GB, 12/512GB, 16/512GB dan 16GB/1TB. Tanda harga rasmi dan pakej promosi tempahan untuk pasaran tempatan bagaimanapun belum dimumkan.

    iQOO 16 dilengkapi skrin 2K Samsung Everest bersaiz 6.8 inci dengan kadar penyegaran 165Hz serta kecerahan puncak global sehingga 2,800 nits. Bagi prestasi, ia dijana oleh cip 2nm Snapdragon 8 Elite Gen 6 yang dipadankan bersama cip esports Q4, RAM LPDDR5X Ultra Pro, storan UFS 4.1 dan sistem penyejukan cecair VC 8.5K Ice Dome.

    Bagi mengoptimumkan pengalaman permainan video, iQOO 16 menyertakan teknologi kawalan Q-flex untuk mengurangkan ketiadaan respons pada sentuhan skrin. Peranti turut menyokong mod paparan 165FPS bagi permainan Honor of Kings serta sokongan ciri Ciri Lumen dan Nanite hasil kerjasama dengan Unreal Engine.

    Bateri 8,400mAh Blue Ocean disertakan untuk sokongan penggunaan lama bersama pengecasan pantas 100W berwayar dan 40W wayarles. Sistem kamera peranti menggunakan sensor utama 50MP 1/1.3-inci dengan penstabilan CIPA 5.5 dan enjin rekonstruksi NICE 3.0. Ia digabungkan dengan kamera periskop telefoto 50MP Sony dan ultra lebar 50MP.

    iQOO 16 beroperasi menggunakan sistem OriginOS 7 dan mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik 3D, motor dwipaksi Warhammer MAX, pembesar suara simetri Drum Master Pro serta taraf kalis air dan debu IP68/IP69. Tiga pilihan warna disediakan iaitu Chasing Light, Legend dan Track.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured