More

    iQOO 7 dengan Snapdragon 888, markah AnTuTu lebih 700,000 dilancar pada 11 Januari

    Sesetengah pengguna mungkin masih lagi tidak mengenal jenama telefon pintar iQOO terutama untuk pengguna dalam pasaran yang tidak menjual jenama ini termasuk Malaysia. Jenama di bawah naungan vivo ini bakal melancarkan telefon pintar andalan terbarunya, iQOO 7 pada 11 Januari ini.

    Seeprti biasa, terdapat beberapa spesifikasi yang telah dibocorkan sebelum hari pelancaran. Antara spesifikasi iQOO 7 adalah Snapdragon 888, RAM LPDDR5 12GB, storan UFS 3.1 256GB dan paparan AMOLED 6.56 inci FHD+ 1080 x 2400 piksel dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dijangka hadir dengan tetapan tiga kamera belakang.

    Seperti yang dipaparkan dalam penanda aras AnTuTu, markahnya yang padu melebihi 700,000. Ia membuktikan prestasi yang baik, tetapi kita perlu melihat prestasinya secara realiti. iQOO 7 turut dijangka bakal dilengkapi cas pantas 120W seperti iQOO 5 Pro yang terdahulu.

    Untuk pengetahuan anda, ia bakal dilancar pada 11 Januari 2021 di pasaran China. Adakah anda berminat dengan iQOO 7? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured