More

    iQOO 8 dikhabarkan mungkin menyokong pengecasan pantas 160W!

    Mengikut sumber lalu, iQOO berkemungkinan besar bakal melancarkan telefon pintar andalan siri iQOO 8 pada 4 Ogos ini. Namun, beberapa hari sebelum pelancaran, spesifikasi penting peranti ini telah tertiris dalam talian. Terkini, peranti siri ini dikhabarkan akan menyokong pengecasan pantas 160W.

    Di media sosial iQOO, mereka dilihat telah mengacah sebuah gambar yang menandakan penggunaan teknologi FlashCharge pada peranti mereka akan datang. Teknologi ini dikhabarkan dapat menawarkan pengecasan sepantas 160W. Hal ini tidak mengejutkan kerana pengecasan 160W pernah diacah oleh beberapa telefon pintar jenama lain termasuklah Infinix Concept Phone 2021.

    Pada masa yang sama, selain pengecasan pantas 160W, siri iQOO 8 juga dikatakan akan dikuasai oleh cipset andalan terbaru Qualcomm, Snapdragon 888 Plus.

    Apa pun, nantikan pelancaran telefon pintar siri iQOO 8 dalam masa yang terdekat. Semestinya, peranti ini akan menjadi bualan hangat peminat gajet tidak lama lagi.

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured