More

    iQOO Neo 10 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    iQOO Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri iQOO Neo buat kali pertama untuk pasaran tempatan, dan ia akan didahulukan dengan iQOO Neo 10.

    Telefon ini bakal menjadi peranti pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4, menjadikannya telefon gaming pertama di Malaysia yang dilengkapi cipset ini. Cipset ini sebenarnya sudah dilancar pada 2023, namun ia masih menawarkan prestasi yang kompetitif pada tahun ini untuk telefon kategori pertengahan.

    Selain daripada itu, tidak banyak yang diketahui mengenai peranti ini selain daripada skrin dengan kadar segar semula yang tinggi, bateri tahan lama serta prestasi penyejukan yang bagus untuk kegunaan gaming.

    Ia sebenarnya telah dilancar untuk pasaran China pada November 2024, namun versi itu menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 3. Jika spesifikasi lain adalah sama, versi yang akan dilancar di Malaysia mempunyai skrin AMOLED 144Hz dengan resolusi 1260×2800, kamera 50MP+8MP, kamera hadapan 16MP, bateri 6,100mAh dan pengecasan pantas 120W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured