More

    iQOO Neo 10 Blazing Orange dilancar di Malaysia – Hanya 500 unit ditawarkan

    Terbaharu, iQOO Malaysia mengumumkan pelancaran iQOO Neo 10 Limited Edition Blazing Orange dengan hanya 500 unit ditawarkan khas untuk pasaran tempatan. Model ini hadir dengan kuasa pemprosesan terkini melalui Snapdragon 8s Gen 4 bersama Q1 Supercomputing Chip.

    Edisi khas Blazing Orange melengkapkan dua pilihan standard iaitu Astral Black dan Desert Gold. iQOO Neo 10 juga dilengkapi sistem penyejukan canggih untuk menyokong permainan intensif tinggi. Gabungan Snapdragon 8s Gen 4 dan Q1 Supercomputing Chip menawarkan sokongan sehingga 144 FPS bagi judul terpilih serta ciri Game Super Resolution yang meningkatkan ketajaman visual.

    Q1 chip turut menambah baik pengalaman menonton di platform popular seperti YouTube, Netflix dan Amazon dengan kadar bingkai lebih tinggi, visual lebih jelas serta penggunaan tenaga lebih efisien. Dengan pengurangan beban pada cip utama, sistem dwi-cip ini memastikan prestasi kekal stabil untuk tempoh lebih panjang.

    Jualan rasmi akan bermula pada 4 September 2025 melalui Shopee, Lazada, vivo E-Store dan TikTok Shop. Pembelian edisi khas ini didatangkan bersama hadiah percuma bernilai RM528 yang merangkumi waranti lanjutan satu tahun, perlindungan skrin retak selama 180 hari dan sepasang sarung jari iQOO.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...