More

    iQOO Neo 10R akan dilancar pada 11 Mac 2025

    iQOO akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk iQOO Neo 10R iaitu pada 11 Mac 2025 di India selepas beberapa hari memberi petunjuk mengenainya. Telefon pintar berjenama Neo ini akan ditawarkan dalam pilihan warna Raging Blue iaitu gabungan dua tona biru dan putih.

    Melalui laman rasmi di Amazon, ia disahkan bakal dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8s Gen 3, menjanjikan prestasi yang mantap untuk pengguna. Dengan pelancaran yang masih lebih sebulan lagi, iQOO dijangka akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai peranti ini dalam masa terdekat.

    Neo 10R 5G difokuskan kepada pengalaman permainan yang lebih baik dengan ciri seperti kadar pensampelan sentuhan 2000Hz dan prestasi 90fps yang stabil, boleh dipantau melalui FPS meter dalam Ultra Game Mode. iQOO telah memberi bayangan bahawa peranti ini akan dijual bawah Rs 30,000, menjadikannya pesaing sengit kepada Poco X7 Pro, yang kini dijual pada harga Rs 27,999 di Flipkart.

    Selain itu, laporan menyebut bahawa telefon ini akan menampilkan panel AMOLED dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz, serta bateri besar 6,400mAh. Terdapat spekulasi bahawa iQOO Neo 10R sebenarnya adalah versi dijenamakan semula iQOO Z9 Turbo Endurance Edition yang dilancarkan di China bulan lalu.

    Jika benar, peranti ini dijangka hadir dengan kamera hadapan 16MP, sistem dwi-kamera belakang 50MP (OIS) + 8MP ultra-lebar, pengecasan pantas 90W serta menjalankan Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Selain itu, ia juga mungkin dilengkapi dengan sensor cap jari dalam skrin dan IR blaster, menjadikannya satu pilihan menarik dalam segmen telefon gaming dan prestasi tinggi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured