More

    iQOO Neo 7 Racing Edition mungkin dilancarkan: SD 8+ Gen 1, RAM 16GB dan storan 512GB

    Baru-baru ini, iQOO telah melancarkan iQOO 11, iQOO 11 Pro dan iQOO Neo 7 SE di China. Menurut Stesen Sembang Digital di Weibo, beliau mengatakan bahawa iQOO Neo 7 Racing Edition dalam pembangunan yang mungkin dilancarkan dalam bulan ini.  

    Beliau juga mendedahkan bahawa iQOO Neo 7 Racing Edition akan mempunyai paparan rata. Menurut khabar angin sebelum ini, terdapat beberapa butiran mengenai iQOO Neo 7S yang mungkin menampilkan cipset Snapdragon 8 Plus Gen 1. Kami menjangka ia adalah peranti yang sama tetapi dengan nama iQOO Neo 7 Racing Edition.

    iQOO Neo 7 Racing Edition berkemungkinan peranti dengan nama kod vivo V2232A yang telah disahkan oleh pihak berkuasa 3C China pada bulan November. Imej di atas telah muncul pada bulan lepas menunjukkan nombor model dan beberapa spesifikasi utamanya seperti cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 16GB, RAM lanjutan 8GB dan storan 512GB.

    Ini hanyalah jangkaan penganalis dan maklumat juga mungkin berubaha dari semasa ke semasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured