More

    iQOO Neo 7 sah miliki skrin AMOLED E5 6.78″ 120Hz, bateri 5,000mAh dan sistem penyejukan cecair

    vivo telah mendedahkan beberapa butiran baharu mengenai telefon pintar iQOO Neo 7 yang akan datang. Melalui poster pengacah, kami mengetahui bahawa iQOO Neo 7 akan mempunyai skrin Samsung E5 AMOLED 6.78 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan cip paparan Pro+.

    Ia adalah untuk pengurusan penggunaan kuasa yang lebih pintar dan kadar bingkai yang stabil semasa gaming. Daripada segi kamera, iQOO Neo 7 akan mempunyai kamera utama 50MP Sony IMX766V yang dipasangkan dengan kamera ultralebar atau makro. Khabar angin mengatakan iQOO Neo 7 mempunyai kamera swafoto 16MP.

    IQOO Neo 7 akan menyertakan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 120W. Sebagai telefon gaming, vivo telah mengesahkan bahawa iQOO Neo 7 akan mempunyai sistem penyejukan cecair. Ia akan membantu cipset Dimensity 9000+ untuk beroperasi pada tahap optimum.

    vivo akan memperkenalkan iQOO Neo 7 pada acara di China pada 20 Oktober ini. Ia dijangka hadir dengan pelbagai warna dan varian memori RAM iaitu 8/128GB, 8/256GB dan 12/256GB. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured