More

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu Predator Orion 7000 (PO7-665) yang dijual pada harga RM18,999 di pasaran tempatan. Predator Orion 7000 direka untuk beban kerja berat serta permainan video tahap tinggi.

    Spesifikasi sistemnya merangkumi pemproses Intel Core Ultra 9 285K, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080, RAM DDR5 32GB dan storan SSD 1TB. Terdapat ruang naiktaraf yang luas merangkumi sokongan RAM sehingga 128GB, dua slot M.2 bagi storan SSD sehingga 6TB serta ruang untuk cakera keras 3.5 inci sehingga 4TB.

    Bagi menguruskan suhu peranti, desktop ini menggunakan penyejuk cecair CPU bersama sistem haba Predator CycloneX 360. Struktur saluran terbuka pada sistem penyejukannya meningkatkan kecekapan penyejukan sebanyak 15 peratus dan menurunkan suhu papan induk sebanyak 9°C. Kerangka peranti dilindungi panel sisi kaca terbaja patuh EMI dan didatangkan dengan jaminan di tempat (on-site) selama tiga tahun.

    Peranti ini boleh didapati secara terus melalui pengedar sah Acer serta kedai dalam talian Acer eStore. Pembelian yang dibuat sebelum 14 Oktober 2026 layak menerima tetikus gaming Predator Cestus 335 bernilai RM299 secara percuma, selagi stok masih ada. Sempena pembukaan kedai konsep baharu, Acer Malaysia juga menawarkan promosi potongan harga sehingga RM1,300 untuk peranti terpilih sehingga 31 Oktober 2026.

    Antara model yang terlibat termasuk desktop Acer Nitro 50 pada harga RM3,399 serta diskaun RM600 bagi laptop gaming Predator Helios Neo 16 dan Predator Helios Neo 16S. Selain perkakasan, Acer Malaysia membuka pendaftaran pusingan kelayakan tempatan Asia Pacific Predator League 2027 bagi acara permainan video VALORANT.

    Pertandingan yang dijadualkan berlangsung sepanjang Oktober dan November 2026 ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM36,000. Pasukan juara akan mewakili Malaysia ke peringkat Akhir di Vietnam pada Januari 2027 untuk merebut sebahagian daripada hadiah terkumpul serantau bernilai USD400,000 (~RM1.68 juta) dan trofi Predator Shield.

    Pendaftaran pusingan kelayakan tempatan dibuka sehingga 18 Oktober 2026. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...