More

    iQOO Neo5s bakal dilengkapi cip paparan Pro dan sistem penyejukan yang dipertingkatkan

    IQOO Neo5s yang dikuasakan Snapdragon 888 dijangka akan membuat kemunculan pada 20 Disember sebagai salah satu peranti pertama yang menggunakan paparan antara muka OriginOS Ocean baharu daripada vivo beroperasi atas Android 12.

    Beberapa acahan baharu daripada akaun rasmi iQOO di Weibo yang mendedahkan lebih banyak butiran mengenai peranti ini. Neo5s akan dilengkapi cipset paparan sekunder bersama Snapdragon 888 yang digelar cip paparan Pro.

    Cip paparan bebas dwi-teras (sekunder) ini digunakan untuk mengimbangi beberapa tugas seperti meningkatkan bingkai per saat dalam permainan daripada GPU sambil mengurangkan penggunaan kuasa dalam proses.

    Telefon ini juga akan menawarkan sistem pelesapan haba yang direka bentuk semula yang meliputi hampir 90% peranti untuk pengurusan haba yang optimum. Khabar angin lalu menyatakan bahawa iQOO Neo5s akan menawarkan paparan lubang tebuk, kamera utama 48MP IMX598 dengan OIS dan pengecasan pantas 66W.

    Kongsi pendapat anda tentang telefon iQOO ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured