More

    iQOO Neo6 SE dilancar: SD 870, AMOLED 6.62″, kamera 64MP dan pengecasan 80W bermula ~RM1,300

    Baru-baru ini, siri iQOO Neo telah menambah ahli baharunya dengan pelancaran rasmi Neo6 SE di China. IQOO Neo6 SE dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 870. Untuk pengetahuan, Neo6 SE sama seperti Neo6 yang mempunyai skrin AMOLED 6.62 inci dengan resolusi 1080×2400, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan sehingga 1,300 nits.

    Bahagian belakangnya terdapat tiga kamera dengan sensor utama 64 MP dengan OIS, ultra-lebar 12 MP dan kamera potret 2 MP. Manakala bahagian hadapannya terdapat kamera swafoto 16 MP. Selain itu, telefon ini hadir dengan pengimbas cap jari dalam paparan dan bateri 4,700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W.

    Ia beroperasi menggunakan Android 12 dengan sistem antara muka OriginOS Ocean. iQOO Neo6 SE tersedia dalam pilihan warna biru, oren dan biru. Neo6 SE dengan storan 8/128GB, Neo6 SE berharga CNY 1,999 (~RM1,300). Untuk model 8/256GB pula berharga CNY 2,299 (~RM1,500) dan varian tertinggi dengan storan 12/256GB berharga CNY 2,499 (~RM1,640).

    Namun, kami masih belum mendapatkan maklumat rasmi tentang ketersediannya bagi pasaran Malaysia. Adakah anda menunggu telefon ini untuk dilancarkan ke Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured