More

    iQOO TWS Air Pro dilancar: Pemacu 14.2mm, ANC dan hayat bateri sehingga 30 jam berharga ~RM174

    Selain iQOO Pad dan siri Neo8, iQOO turut melancarkan lagi satu peranti iaitu fon telinga True Wireless Stereo (TWS) Air Pro di China. Di bawah merupakan apa yang anda perlu tahu tentang Air Pro ini.

    Ia membawakan pemacu 14.2mm, pembatalan hingar aktif (ANC) dan gabungan hayat bateri sehingga 30 jam dengan bekas pengecasnya. Ia mempunyai sambungan Bluetooth 5.3 serta menyokong codec AAC dan SBC.

    TWS Air Pro menampilkan penarafan IP54 untuk kalis percikan air, gandingan dwi fungsi ‘Cari Earbuds saya’ dan mod gaming kependaman rendah. Air Pro tersedia dalam warna putih dan hitam kekuningan pada harga CNY 269 (~RM174) mulai 31 Mei.

    Namun, kami tidak merasakan ia akan tiba ke pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...