More

    iQOO U5e dilancar: Dimensity 700, IPS 6.51″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM920

    iQOO telah melancarkan telefon pintar iQOO U5e secara senyap-senyap dan merupakan telefon pintar 5G iQOO yang paling berpatutan untuk pasaran China. iQOO U5e mempunyai panel LCD IPS 6.51 inci dengan takuk titisan air. Skrin ini menyokong resolusi HD+, nisbah bidang 20:9, kadar penyegaran 60Hz dan ketumpatan piksel 269ppi.

    Peranti ini berukuran 164 x 75.84 x 8.25mm dan berat sekitar 193 gram. U5e mempunyai kamera swafoto 8MP. Bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan denyar LED. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman video HD Penuh. Butang kuasa yang terletak di sisi kanan peranti hadir dengan pengimbas cap jari.

    Ia juga dilengkapi Dimensity 700, RAM LPDDR4x sehingga 6GB, storan UFS 2.1 sehingga 128GB dan sokongan pengimbas muka. Baterinya berkapasiti 5,000mAh menyokong pengecasan 18W dan hadir dengan sistem operasi OriginOS Ocean berdasarkan Android 12.

    Ciri sambungannya termasuk sokongan dwi SIM, 5G, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Telefon ini ialah versi penjenamaan semula VIVO Y33s 5G yang mula diperkenalkan pada Mac di China. iQOO U5e tersedia dalam dua varian iaitu 4/128GB berharga 1,399 Yuan (~RM920) dan 6/128 GB berharga 1,499 Yuan (~RM985).

    Warna yang ditawarkan adalah hitam dan putih Perak. Tiada maklumat sama ada telefon pintar itu akan tersedia di pasaran luar China. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured