More

    iQOO Watch GT dilancar dengan 100+ mod sukan dan sokongan eSIM, harga bermula ~RM320

    Seperti yang dijadualkan, iQOO telah melancarkan beberapa produk baharu di China hari ini seperti iQOO Watch GT, iQOO Pad2 Pro varian 1TB, iQOO TWS 1i dan iQOO Neo 9S Pro+. Jam tangan pintar iQOO Watch GT datang dengan reka bentuk berbentuk empat segi dan beratnya hanya 33 g.

    Walaupun jam ini ringan, ia memuatkan beberapa ciri AI dan menawarkan hayat bateri selama 21 hari hayat bateri dengan Bluetooth. Ia dilengkapi dengan paparan AMOLED 1.85 inci yang mempunyai resolusi 390 x 450 piksel dan menyokong eSIM untuk komunikasi bebas.

    Terdapat ciri transkripsi suara masa nyata berkuasa AI untuk pengambilan nota yang membolehkan pengguna mencatatkan sedikit maklumat atau idea dengan lebih mudah semasa dalam perjalanan. Jam tangan ini juga membolehkan pengguna mencipta muka jam dengan AI dan peta Baidu untuk navigasi.

    iQOO Watch GT merupakan satu-satunya jam tangan pintar dalam julat harganya yang menyokong navigasi bebas Baidu. iQOO Watch GT adalah kalis air dan boleh menahan tekanan sehingga 2ATM. Ia boleh memantau langkah, jarak, tahap oksigen darah, kualiti tidur dan kitaran haid.

    Selain semua ini, jam tangan ini dilengkapi dengan 100+ mod sukan, kursus kecergasan dan fungsi jurulatih sukan. Jam tangan ini datang dalam dua versi berbeza iaitu Bluetooth dan eSIM. Versi Bluetooth dan eSIM masing-masing berharga 499 yuan (~RM320) dan 799 Yuan (~RM513). Sama-sama kita nantikan pengumuman iQOO Malaysia tentang ketersediaanya pada masa akan datang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO Watch GT dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured