More

    iQOO Z11 dilengkapi bateri 9020mAh dan skrin 165Hz sah bakal tiba di Malaysia

    iQOO secara rasmi mengesahkan pelancaran telefon pintar terbaharu iQOO Z11 pada penghujung bulan ini. Wakil iQOO mendedahkan peranti berkenaan akan dilengkapi skrin gaming 165Hz dan bateri berkapasiti 9020mAh. Saiz bateri sebesar ini merupakan kapasiti terbesar yang pernah dihasilkan dalam sejarah iQOO.

    Ia disasarkan untuk pasaran harga antara 2,000 hingga 3,000 yuan (~RM1,310 hingga RM1,965). Kehadiran iQOO Z11 dijangka memberi persaingan kepada realme P4 Power yang mempunyai bateri 10,001mAh dalam kategori harga yang sama. Maklumat daripada pangkalan data SIRIM Malaysia turut mengesahkan pendaftaran peranti ini di bawah nombor model I2512 sebagai iQOO Z11 5G.

    Berdasarkan maklumat pensijilan 3C di China, ia bakal menyokong pengecasan pantas 90W. Laporan lain menyatakan penggunaan panel paparan LTPS dengan resolusi 1.5K. Walaupun perincian mengenai jenis pemproses belum diumumkan secara rasmi, ia dijangka menggunakan cip kelas pertengahan bagi menggantikan Snapdragon 7s Gen 3 pada model iQOO Z10 sebelum ini.

    Pelancaran iQOO Z11 versi standard dijangka menyusul dalam tempoh terdekat bagi pasaran global termasuk Malaysia selepas pendedahan rasmi di China. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured