More

    iQOO Z5x dilancar: Dilengkapi Dimensity 900, kamera 50MP dan skrin 120Hz bermula ~RM1,040

    iQOO telah mengumumkan model Z5 pada bulan lalu, dan hari ini syarikat tersebut telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharu iaitu iQOO Z5x. IQOO Z5x dilengkapi skrin LCD FullHD+ 120Hz 6.58 inci dengan takuk berbentuk titisan air (water drop) untuk kamera swafoto 8MP.

    Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 50MP yang disertakan dengan makro 2MP. iQOO Z5x menggunakan cipset Dimensity 900, RAM hingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Telefon pintar ini menggunakan paparan antara muka OriginOS 1.0 yang beroperasi atas Android 11.

    Telefon ini mempunyai ciri pengembangan RAM maya yang membolehkan anda mengembangkan RAM sehingga 1.5GB pada varian RAM 6GB dan sehingga 4GB pada model RAM 8GB. Z5x mempunyai sistem penyejukan cecair lima lapisan untuk prestasi berterusan dan mempunyai sambungan Wi-Fi 6 serta 5G.

    Telefon pintar ini juga dilengkapi pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W melalui port USB-C. iQOO mengatakan bahawa pengecas 44W mampu mengecas sehingga 58% dalam masa 30 minit.

    IQOO Z5x mempunyai tiga pilihan warna dan terdapat dalam tiga varian memori iaitu 6GB + 128GB berharga CNY1,599 (~RM1,040), 8GB + 128GB berharga CNY1,699 (~RM1,110) dan 8GB + 256GB berharga CNY1,899 (~RM1,240). Ia akan tersedia untuk pra-tempahan untuk pasaran di China.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki iQOO Z5x ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured