More

    iQOO Z8 dan Z8x muncul di Geekbench, dilengkapi cipset Dimensity 8200 dan SD 6 Gen 1

    iQOO Z7 Pro masih belum dilancarkan secara rasmi tetapi markah penanda aras daripada siri Z8 telah muncul di Geekbench. vivo V2314A dijangka menggunakan nama “iQOO Z8” dan markah Geekbench 6.1.0 menunjukkan ianya dilengkapi cipset Dimensity 8200 dipasangkan dengan RAM LPDDR5 12GB. 

    Sebagai perbandingan, Z7 Pro menunjukkan Snapdragon 782G dalam kad skor Geekbench dan RAM 12GB. Beralih ke peranti lain, vivo V2312A mungkin akan menggunakan nama “iQOO Z8x“. Peranti ini mempunyai RAM 8GB dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 6 Gen 1.

    Cipset ini menjalankan teras Cortex-A78 pada kelajuan jam yang lebih rendah pada 2.2GHz, satu teras pada 2.7GHz dan tiga teras pada 2.4GHz. Bagaimanapun, iQOO sudah mempunyai beberapa telefon yang menggunakan Dimensity 8200 contohnya seperti Neo7 dan Neo7 SE tetapi belum ada lagi menggunakan SD 6 Gen 1.

    Menurut khabar angin, IQOO Z8 akan mempunyai LCD 120Hz, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W. iQOO Z8x akan menggunakan bateri 6,000mAh yang lebih besar dan pengecas 80W yang lebih perlahan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Geekbench 1|2

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...