More

    Ismail Sabri: Boleh balik kampung untuk Hari Raya Aidiladha

    Terkini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan beberapa perkara melalui sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pemulihan (PKPP).

    Antara perkara utama yang dimaklumkan adalah kebenaran untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha. Menjelang perayaan, orang ramai pastinya tertanya-tanya sama ada kerajaan memberi kebenaran atau tidak. Memandangkan jawapannya anda boleh pulang, anda masih perlu mengamalkan SOP untuk mencegah penularan COVID-19. Apa pun, hanya 20 tetamu dibenar untuk berkunjung ke rumah pada satu-satu masa di hari raya ini.

    Walau bagaimanapun, kerajaan membuat keputusan untuk menyemak semula SOP ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha. Setakat ini, hanya 20 orang dibenarkan bagi seekor haiwan yang dikorbankan, galakan melalukan korban di pusat penyembelihan dan had tidak lebih 10 ekor haiwan semasa ibadah korban.

    Tambah beliau, orang ramai boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika menyaksikan sebarang pelanggaran SOP.

    Kami juga menggalakkan anda untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured