More

    Istimewa Hari Gaji CelcomDigi: Pas Internet tambahan percuma sehingga 15GB pada RM15

    Akhir bulan yang juga bermakna Istimewa Hari Gaji CelcomDigi Berhad untuk bulan Jun telah tiba. Pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi boleh nikmati tawaran ini dari 23 hingga 26 Jun 2023.

    Pengguna prabayar Celcom XPAX dan Digi akan mendapat tambahan Internet 10GB secara percuma apabila mereka membuat tambah nilai melalui aplikasi dan e-Dompet terpilih. Pengguna Celcom XPAX mesti menambah nilai RM30 ke atas melalui laman web Celcom, aplikasi Celcom Life atau Boost.

    Sementara itu, pengguna prabayar Digi boleh menambah nilai melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store Online, serta melalui aplikasi e-dompet Boost, Lazada, Shopee, Touch ‘n Go dan Z City.

    Pengguna pascabayar Celcom XPAX, Celcom MEGA dan Digi kini boleh menambah kuota internet mereka dengan pas internet berkelajuan tinggi 15GB (sah 7 hari) pada hanya RM15. Pengguna Celcom boleh membeli alat tambah internet melalui aplikasi Celcom Life, manakala pengguna Digi boleh melakukannya melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store Online.

    Nampaknya, CelcomDigi akan membuat tawaran Hari Gaji pada setiap bulan. Oleh itu, nantikan bulan seterusnya sekitar tarikh di atas untuk tawaran yang hebat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured