More

    Istimewa Hari Gaji CelcomDigi: Tambahan 5G Booster 90GB pada RM10/bulan

    CelcomDigi membawakan tawaran menarik 5G Booster kepada pengguna Celcom dan Digi sebagai sebahagian daripada kempen Istimewa Hari Gaji mereka. Tawaran ini menyediakan tambahan kuota data, membolehkan pengguna memanfaatkan rangkaian 5G di Malaysia. Promosi ini sudahpun bermula sehingga 27 Oktober 2023.

    Di bawah merupakan tawaran yang disediakan:

    1. Pengguna prabayar boleh mendapatkan 5G Booster percuma dengan tambahan data 30GB apabila melanggan Celcom XPAX Unlimited 38 atau Digi Prepaid NEXT 35 melalui aplikasi Boost.
    2. Pengguna Celcom XPAX prabayar dan Digi prabayar boleh melipat gandakan kuota internet mereka apabila melanggan mana-mana 5G Booster melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.
    3. Pengguna pascabayar termasuk Celcom XPAX pascabayar, Celcom MEGA dan Digi pascabayar boleh membuka sehingga 90GB data dengan 5G Booster pada RM10 sebulan.
    4. Dengan hanya RM10, pengguna Celcom XPAX pascabayar 60, Celcom MEGA 80, Digi pascabayar 60 dan pelan yang lebih tinggi boleh menikmati data internet 60GB atau 90GB dengan 5G Booster, bergantung kepada pelan mereka.

    Untuk membeli 5G Booster, pengguna Celcom boleh menggunakan aplikasi Celcom Life, manakala pengguna Digi boleh mengaksesnya melalui aplikasi MyDigi.

    Ketahui lebih lanjut mengenai pelan yang disediakan di laman web rasmi Celcom dan Digi. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured