More

    Isu garisan mendatar pada skrin iPhone, Apple baiki dalam kemas kini seterusnya

    Sebelum ini, pengguna mengadu bahawa peranti mereka mempunyai garisan hijau dan kuning pada skrin dan kemudian hilang semasa proses dihidupkan.Peranti yang dimaksudkan ialah Apple iPhone 14 Pro Max dan Apple telah mengakui bahawa memang terdapat isu pepijat dalam perisian itu.

    Kini, dalam pengumuman baharu oleh Apple telah mengakui isu itu dan tidak lama lagi akan mengeluarkan kemas kini perisian menangani garis mendatar yang aneh tersebut. Apple dijangka akan membetulkan pepijat ini dalam iOS 16.3 yang kini sedang diuji oleh Apple dan ahli program beta awam.

    Pelanggan ‌iPhone 14 Pro‌ melaporkan bahawa apabila menghidupkan atau membuka kunci telefon, mereka akan melihat garis mendatar berkelip pada skrin. Terdapat memo yang didedahkan oleh sumber bahawa Apple menyedari isu itu dan kemas kini perisian akan datang tidak lama lagi yang akan menyelesaikan isu itu.

    iOS 16.3 kini sedang menjalani ujian dengan pembangun dan ahli program beta awam tetapi kemas kini itu dijangka akan dilancarkan sekurang-kurangnya beberapa minggu lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured