More

    iXoost kini rasmi di Malaysia, tawarkan pembesar suara buatan khas dengan harga cecah RM240,000

    Kehadiran sistem audio iXOOST di Malaysia bakal membawakan gabungan unik seni pembuatan Itali dan legasi sukan permotoran dalam pasaran tempatan. Berasal dari Modena, Itali, iXOOST mengukuhkan jenamanya sebagai peneraju dalam audio mewah, mencipta produk yang bukan sekadar pembesar suara malah simbol warisan automotif.

    Setiap sistem audio iXOOST adalah seni buatan tangan yang teliti untuk memberikan pengalaman audio dengan kejelasan yang tinggi. Sejarah jenama ini yang berakar umbi daripada dunia supercar yang berprestij dapat dilihat pada reka bentuk produknya yang menggabungkan komponen asli daripada automobil yang ikonik.

    Antara produk daripada iXOOST ialah ESAVOX Automobili Lamborghini, AVALÁN Automobili Lamborghini, AMG Performance Luxury Audio, Pirelli P ZERO™ Sound, XiLO, Radial 6, KUBO Abarth 595, KUBO Abarth 695 dan Bluetooth Speaker Helmets. Semua produknya mempunyai keunikan dan spesifikasi tersendiri.

    Rangkaian penuh produk iXOOST dikonfigurasi mengikut pesanan untuk memastikan pengalaman eksklusif untuk setiap pelanggan dan tempahan kini tersedia mulai hari ini. Tempahan dijangka mengambil masa selama tiga hingga empat bulan. Harga berbeza mengikut model individu dengan julat antara RM80,000 hingga RM240,000.

    Untuk masa terhad mulai Disember 2023, pelanggan boleh melihat dan menikmati sistem audio iXOOST di Hoe Huat Electric Sdn Bhd yang terletak di Lot F-01 hingga F-03, Tingkat Satu, Encorp Strand Mall, 47810 Petaling Jaya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iXOOST di Malaysia, sila layari di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk iXOOST terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...