More

    Jabra Elite 10 rasmi di Malaysia, miliki ciri Dolby Atmos dan Dolby Head Tracking berharga RM1,299

    Jabra iaitu pelopor dalam penyelesaian audio telah memperkenalkan model premium terbaharu mereka iaitu Jabra Elite 10. Fon telinga ini dioptimumkan untuk Dolby Atmos dengan Dolby Head Tracking serta direkabentuk untuk keselesaan sepanjang hari dan panggilan yang jelas.

    Ia merupakan fon telinga pertama Jabra yang menyokong Dolby Head Tracking. Dolby Head Tracking melibatkan pendengar dengan cara baharu dengan memastikan mereka sentiasa berada di tengah-tengah pentas bunyi dengan setiap pergerakan kepala.

    Dan apabila tersedia, gabungan Dolby Head Tracking bersama kandungan Dolby Atmos akan meningkatkan lagi bunyi dengan perincian dan kejelasan yang luar biasa untuk pengalaman mendengar Dolby Atmos.

    Fon telinga ini juga disertakan dengan Pembatalan Hingar Bunyi (ANC) yang menawarkan sehingga 2x lebih pembatalan bunyi hingar. Ia akan bertukar secara automatik kepada ANC dalam persekitaran yang lebih bising, mengurangkan pembatalan bunyi di tempat yang sunyi dan menjadikannya lebih mudah untuk menikmati hiburan atau menerima panggilan.

    Elite 10 merupakan fon telinga tanpa wayar yang pertama yang direka menggunakan teknologi Jabra ComfortFit. Teknologi terbaru ini direka dengan menitikberatkan kesesuaian yang paling semula jadi, keselesaan dan kekemasan di telinga serta kurang penghalang.

    Elite 10 lengkap dengan teknologi panggilan 6 mikrofon untuk panggilan jelas, bateri 6 jam (27 jam dengan bekas pengecas), pengecasan wayarles, sambungan Bluetooth Multipoint, bantuan suara bebas tangan serta mudah untuk disambungkan.

    Jabra Elite 10 berharga RM1,299 dengan varian warna merangkumi Titanium Black, Krim dan Cocoa. Jabra Elite 10 akan mula dijual di peruncit terpilih di seluruh negara bermula akhir September 2023. Gloss Black tersedia secara eksklusif di kedai rasmi Jabra: Shopee, Lazada dan Sunway eMall bersama-sama warna Titanium Black, Krim dan Cocoa.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti Jabra di Facebook, Instagram, and TikTok. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Jabra Elite 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured