More

    Jabra Malaysia lancarkan “headset” Evolve2 75, sesuai untuk pekerja hibrid berharga RM1,950

    Menurut Jabra, 68% pekerja lebih suka bekerja dalam persekitaran kerja hibrid dari rumah dan pejabat. Ramai daripada pekerja menjangkakan syarikat mereka menyediakan peralatan yang diperlukan sesuai dengan situasi kerja. Namun, kebanyakan syarikat tidak mempunyai pengetahuan dalam memilih peralatan yang sesuai untuk situasi ini.

    Oleh itu, Jabra telah melancarkan set kepala Jabra Evolve2 75 generasi ke-2 untuk pekerja yang bekerja dari rumah dan pejabat. Menampilkan penambahbaikan dalam jangka hayat bateri, Pembatalan Hingar Aktif (ANC) boleh laras, dwi foam padding baharu, sambungan dwi peranti, ​​jarak wayarles 30 meter dan Premium Open Office.

    Ia hadir dalam dua varian iaitu hitam dan kuning air (beige). Varian MS Teams mempunyai butang Microsoft Teams khas manakala varian Unified Communication disahkan untuk Zoom dan platform UC utama yang lain. Kedua-dua varian dan warna akan tersedia bermula dari 12 November 2021 pada harga RM1,950.

    Terdapat juga pembelian bundle dengan kaki pengecas magnetik berharga RM2,230 tetapi ianya tersedia dalam warna hitam sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabra Malaysia.

    Adakah anda berminat untuk memiliki produk di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita seperti ini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...