More

    Jabra PanaCast 50 Video Bar System rasmi di Malaysia, miliki 8 kamera dengan Panoramic-4K berharga RM26,070

    Hari ini, Jabra secara rasmi telah melancarkan Sistem Bar Video PanaCast 50 di Malaysia sebagai sebahagian daripada tambahan baharu kepada barisan PanaCast 50 untuk bilik mesyuarat bersaiz kecil dan sederhana.

    Sistem Bar Video Jabra PanaCast 50 merangkumi unit pengiraan berasaskan Android serta System-on-a-Chip (SoC) terkini, pembesar suara, mikrofon, kamera video dengan rangkaian dan paparan antara muka untuk penggunaan segera. Terdapat juga skrin kawalan sentuh 10.1 inci.

    Bar Video PanaCast 50 menyediakan medan pandangan 180° melalui liputan berbilang kamera 13MP dalam Panoramic-4K. Ia juga dilengkapi empat pembesar suara stereo getaran sifar dengan lapan mikrofon gred profesional dengan pengesanan suara dan algoritma pintar. Sistem bar ini boleh mengenal pasti dan mengeluarkan sisa-sisa gema dan bunyi statik secara automatik.

    Menariknya, terdapat beberapa sensor untuk mengawal ruang yang kondusif seperti sensor alam sekitar untuk memantau kualiti udara di dalam bilik dalam masa nyata dan sensor gerakan ultrasonik yang mengesan orang di dalam bilik, membuatkan sistem terjaga dan sentiasa bersedia untuk mula.

    Tambahan, ia hadir dengan ciri pengiraan bilangan manusia dalam masa nyata mengira data dengan liputan penuh bilik untuk memantau penggunaan bilik. Sistem Bar Video PanaCast 50 kini sedia ada di Malaysia pada harga RM26,070. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila lawati laman rasmi Jabra.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan sistem bar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured