More

    HUAWEI Watch D & Watch GT 2022 sempena tahun harimau berharga ~RM1,973

    Hari ini, melancarkan siri jam tangan kesihatan sukan iaitu HUAWEI WATCH D yang menggunakan aluminium penerbangan serta dilengkapi dengan skrin persegi definisi tinggi, menyokong rintangan habuk dan air IP68. Ia hadir dalam warna hitam titanium klasik dan elegan berharga 2988 Yuan (~RM1,973).

    Fungsi utama HUAWEI WATCH D adalah mengukur tekanan darah dan pengumpulan ECG. Peranti ini dilengkapkan dengan pam udara bersaiz mikro, beg udara dan struktur lain untuk pengukuran tekanan darah, ketepatan sensor, maklum balas litar kawalan dan aliran rendah gas rintangan untuk mencapai sistem pengukuran tekanan darah sekitar ±3mmHg.

    Peranti ini mempunyai tali yang dibuat dengan bahan polimer tegangan tinggi, beg udara melengkung dan dan kancing rama-rama (butterfly buckle) untuk proses tekanan lebih stabil dan ketepatan pengukuran tekanan darah. Ia mempunyai 70+ mod sukan dan boleh bertahan sehingga 7 hari dalam mod pintar. Aplikasi kesihatan sukan HUAWEI menyediakan pemeriksaan kesihatan dalam sebarang cuaca dan menyokong perkongsian data kesihatan ahli keluarga.

    Selain itu, HUAWEI WATCH GT 2022 Collector’s Edition turut dilancarkan pada harga 3688 Yuan (~ RM2,436) dalam warna hitam terang dan vermilion. Reka bentuk dan roda dail telah diubah suai mengikut tahun harimau, di mana roda itu berputar bersama kepala harimau manakala tali jamnya turut mempunyai corak gigi harimau.

    Jam tangan menggunakan kristal kaca nilam, sarung gentian karbon dan sarung seramik di bahagian belakang. Ia menyokong ujian denyutan jantung TruSeen 5.0+ dan ujian kesihatan dalam cuaca. Ia boleh bertahan selama 14 hari, menyokong pengecasan pantas tanpa wayar, dilengkapi dengan 100+ mod sukan dan menyokong fungsi seperti Alipay dan Bluetooth. Ia juga dilengkapi dengan kotak hadiah eksklusif untuk tahun harimau.

    Butiran mengenai kehadiran kedua-dua peranti ini di Malaysia masih belum diketahui. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveCN

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...