More

    Jam tangan pintar Fossil Gen 6 bakal dilancar 30 Ogos ini

    Baru-baru ini, Fossil mengumumkan bahawa syarikatnya akan melancarkan jam tangan pintar generasi baharu iaitu Fossil Gen 6 pada 30 Ogos ini beserta beberapa pengacah ciri yang dimilikinya. Sebelum ini, terdapat khabar angin yang tertiris mengenai cipset yang bakal digunakan dalam jam tangan ini.

    Pihak Fossil sudah mula mengedarkan jemputan kepada pihak media dan telah mengeluarkan video acah untuk acara rasmi pelancarannya. Video tersebut memaparkan gambaran secara ringkas mengenai reka bentuk jam tangan pintar itu dan ianya mungkin dilengkapi ciri sokongan pengecasan pantas.

    Fossil Gen 6 mempunyai kualiti binaan yang kukuh dan menggunakan kemasan matte di atas butang dail. Selain itu, ia mempunyai pengimbas degupan jantung yang terletak di bahagian bawah dan tiga butang di bahagian sisi. Fossil Gen 6 ini akan hadir dengan ciri sensor SpO2 dan sambungan GPS yang tersedia.

    Secara ringkas, Fossil Gen 5 dilengkapi panel skrin AMOLED 1.28 inci dengan resolusi 316 x 416 piksel, 328 PPI, ciri kalis air sehingga 5 meter dan menyokong teknologi pengecasan magnet. Bagi varian LTE, ia mempunyai sambungan 4G, NFC dan GPS.

    Adakah anda berminat dengan jam tangan pintar Fossil Gen 6? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured