More

    Jambatan putus, pelajar di Sabah cedera teruk semasa cuba dapatkan liputan internet

    Baru-baru ini, beberapa pelajar di Ranau, Sabah cedera apabila jambatan gantung di Kampung Gusi runtuh. Kejadian ini berlaku sewaktu mereka berada di atas jambatan untuk mendapatkan liputan internet.

    Menurut sumber, jambatan tali gantung ini runtuh pada 23 November ,kira-kira jam 9 malam. Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sugut dipercayai berkumpul di atas jambatan kerana diyakini, lokasi tersebut mempunyai liputan internet yang lebih kuat untuk mereka menghadiri kelas dalam talian.

    Berikutan runtuhan jambatan; beberapa orang pelajar mendapat rawatan di hospital dalam daerah Ranau. Salah seorang pelajar mengalami kecederaan tulang belakang, seorang pelajar mengalami kecederaan peha dan betis, manakala pelajar lain mengalami kecederaan ringan.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Joachim Gunsalam, jambatan tersebut sudah berusia kira-kira 10 tahun. Walaupun telah dibaik pulih banyak kali, tetapi ia sememangnya usang. Kira-kira lapan orang pelajar berkumpul pada satu lokasi di atas jambatan. Berkemungkinan, inilah punca jambatan tersebut runtuh dan pelajar yang terlibat jatuh pada ketinggian lebih kurang 18 meter.

    Datuk Joachim Gunsalam memaklumkan bahawa beliau akan mengambil perhatian terhadap keadaan pelajar yang cedera dan akan memohon dana dari kerajaan untuk membina semua jambatan ini.

    Perkara ini bukan lagi perkara asing di kawasan pedalaman memandangkan liputan internet menjadi masalah utama untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2 | 3

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured