More

    Jamu mata dengan tiga warna OnePlus Buds yang bakal dilancarkan

    Anda mungkin sudah tahu mengenai OnePlus yang bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan pertama mereka. Seiring dengan itu, OnePlus juga bakal melancarkan fon telinga truly wireless earbuds pertama mereka, OnePlus Buds.

    Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan ketiga-tiga warna OnePlus Buds yang bakal dilancarkan. Sepertinya, OnePlus Buds akan tampil di pasaran dengan pilihan warna Hitam, Putih dan Biru. Namun, kami tidak pasti jika terdapat pilihan warna lain yang akan hadir.

    Melalui gambar ini, anda dapat melihat reka bentuk OnePlus Buds yang juga ada rekaan tersendiri. Bulatan di atas fon telinga ini merupakan rekaan asli OnePlus yang turut tampil pada OnePlus Bullets Wireles. Bekas pengecasnya direka dengan sudahan pusam (matte) dengan lampu kecil di hadapan yang mungkin menandakan isyarat bateri.

    Untuk pengetahuan anda, OnePlus Buds dilaporkan bakal dihuni ciri Find My Device, tetapan penyama (equalizer) dan sokongan Dolby Atmos. Sumber turut menemui gambar yang mengilustrasikan cara-cara menggunakan OnePlus Buds.

    Apa pun, berita ini adalah dari sumber yang tidak rasmi. Setakat ini, OnePlus masih tidak memberi maklumat rasmi mengenai OnePlus Buds. Sebagai maklumat tambahan, OnePlus bakal melancarkan OnePlus Nord di pasaran Malaysia juga.

    Beritahu kami pandangan anda mengenai reka bentuk OnePlus Buds di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9To5Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured