More

    Jangan klik pautan “Bantuan Ramadan RM500”, akaun telegram mungkin digodam

    Kaspersky memberi amaran mengenai kemunculan kempen penipuan dalam talian yang menyamar sebagai tawaran “Bantuan Ramadan RM500” di Malaysia. Mangsa akan dipancing melalui laman web palsu yang kononnya menawarkan bantuan kewangan sempena Ramadan dan meminta pengguna memasukkan maklumat peribadi serta nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun Telegram bagi menyemak kelayakan bantuan.

    Tujuan utama skim itu bukan untuk mencuri wang secara langsung pada peringkat awal, sebaliknya untuk merampas akaun Telegram mangsa. Selepas berjaya mengakses akaun tersebut, penjenayah siber boleh menghantar mesej penipuan atau pautan berbahaya kepada kenalan mangsa untuk memperluaskan penipuan melalui rangkaian sosial yang dipercayai.

    Fenomena penipuan bertemakan perayaan bukan perkara baharu, malah sering digunakan penjenayah siber untuk mengaburi pengguna. Data Kaspersky menunjukkan sebanyak 18,875,669 ancaman siber berasaskan web telah dikesan di Malaysia sepanjang 2025 yang menggambarkan tahap risiko keselamatan digital berterusan kepada pengguna internet tempatan.

    Pada masa sama, Majlis Keselamatan Negara turut mengingatkan orang ramai mengenai pelbagai taktik penipuan yang sering muncul sepanjang Ramadan termasuk tawaran bantuan kewangan palsu seperti “e-Tunai”, mesej jemputan iftar atau promosi palsu, rayuan zakat, derma palsu dan skim “belanja raya” yang menjanjikan ganjaran kewangan.

    Orang ramai digalakkan menyemak nombor atau akaun mencurigakan melalui portal Semak Mule dan segera menghubungi National Scam Response Centre di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...