More

    Jangan terpedaya dengan panggilan “scam” dari ‘Pegawai CyberSecurity Malaysia’!

    Agensi keselamatan siber kebangsaan, CyberSecurity Malaysia (CSM), menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan telefon palsu atau scam yang menyamar sebagai pegawai CSM.

    Dalam panggilan tersebut, kononnya pegawai Unit Kawalan Keselamatan daripada CSM ingin mengetahui maklumat peribadi dan kewangan anda, kerana anda telah melanggar undang-undang keselamatan atau nombor telefon akan disekat kerana terlibat dengan penyebaran berita tidak sahih.

    Perlu diingati bahawa CSM tidak akan meminta maklumat peribadi atau kewangan melalui telefon. Jika anda menerima panggilan palsu yang menyamar sebagai pegawai CSM, anda boleh buat laporan di [email protected].

    CSM juga mengingatkan orang ramai supaya tidak memberi sebarang maklumat peribadi atau kewangan melalui telefon kepada pihak yang tidak dikenali.

    Kami harap para pembaca akan terus berwaspada terhadap pelbagai ancaman scam di luar sana. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured