More

    Jangan tertipu di Facebook! Berikut adalah 4 langkah mudah untuk kenal pasti penipuan di FB

    Penipuan dan scam jualan dalam internet kini semakin menjadi-jadi dan malangnya lebih ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa terhadap penipuan tersebut. Penipuan ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk, sama ada dari e-gudang seperti Shopee dan Lazada, hinggalah media sosial seperti Facebook.

    Jika anda ingin membeli barang, secara amnya Lazada dan Shopee adalah selamat. Walau bagaimanapun, transaksi barang di Facebook adalah agak berisiko kerana pelanggan tidak mampu mengetahui kesahihan penjual. Berikut adalah cara mudah untuk anda kenal pasti tanda-tanda penipuan di Facebook:

    Periksa Ketelusan Halaman

    Jika anda menemui beberapa halaman yang baru sahaja didaftarkan di Facebook, anda harus menyelidik halaman tersebut dengan teliti kerana terdapat kemungkinan besar bahawa ia adalah satu penipuan. Berikut adalah langkah yang anda perlu ambil:

    1. Selidik maklumat halaman tersebut di seksyen Perihalan dan Ketelusan Halaman di bahagian kiri halaman, kemudian klik Lihat Semua.
    2. Periksa jika halaman tersebut sering menukar namanya. Jika ya, ia mungkin satu penipuan.
    Contoh Ketelusan Halaman (Bahasa Melayu)
    Contoh Ketelusan Halaman (Bahasa Inggeris)
    Kedudukan Ketelusan Halaman dalam contoh halaman Facebook

    Periksa sama ada halaman tersebut menggunakan pengiklanan Facebook

    Anda juga boleh lihat jika halaman tersebut ada mengiklankan sebarang produk mereka menggunakan perkhidmatan pengiklanan Facebook. Jika harga barang tersebut amat berbeza dengan harga pasaran, anda perlu menyelidik harga itu betul-betul. Sebagai contoh, barang yang biasanya dijual pada RM5,000 jika dijual pada harga RM1,000 sahaja, besar kemungkinan itu adalah satu scam.

    Selepas membuka Ketelusan Halaman, anda boleh menyemak senarai iklan halaman tersebut dalam laman Pustaka Iklan (Ad Library)
    Perbandingan harga palsu (kiri) dengan harga asal (kanan), amat besar perbezaannya

    Ada juga yang menjual produk mereka dengan perkataan mencurigakan seperti “syarikat akan ditutup” atau “membersihkan stok”. Di samping itu, ada penipu yang mengatakan barang mereka dijual dalam bilangan terhad untuk memancing lebih banyak mangsa. Ini tidaklah bermakna penjual sahih tidak akan menggunakan terma seperti ini, namun anda harus perlu berhati-hati setiap kali ada nampak iklan seperti ini di Facebook.

    Mungkin yang paling bahaya adalah jika penjual mengatakan produk hanya akan dihantar selepas pengiriman wang penuh dilakukan.

    Periksa akaun bank penjual

    Pastikan anda dapatkan maklumat bank akaun penjual, kemudian cari di Facebook dan internet sama ada nombor bank akaun tersebut telah dikongsi oleh orang lain dan mengatakan ia adalah nombor akaun penipu.

    Selain itu, elakkan berurusan dengan akaun bank itu jika namanya berlainan dengan nama halaman Facebook. Penjual yang sahih pasti akan meletakkan nama halaman mereka dalam nama akaun bank.

    "
    "

    Sahkan akaun bank penjual melalui sistem CCID Malaysia

    Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan CCID Malaysia atau memuat turun aplikasi Semak Mule untuk memeriksa sama ada sesuatu akaun bank telah terlibat dalam jenayah pemindahan wang sebelum ini. Sekiranya satu bank akaun itu telah dilaporkan kepada PDRM, mereka akan menyimpan rekod dan ia akan muncul dalam CCID.

    Apakah yang anda perlu lakukan jika ditipu?

    1. Laporkan jenayah tersebut, walaupun jika jumlah wang yang anda hilang itu adalah kecil. Dengan cara ini, akaun bank penipu akan direkod dan boleh membantu orang lain daripada ditipu.
    2. Laporkan jenayah tersebut kepada bank yang terlibat. Sebagai contoh, jika anda memindahkan wang dari CIMB ke Maybank, laporkan kepada dua-dua bank.
    3. Kongsi maklumat penipu di Facebook dan tetapkan kiriman (posting) anda kepada Awam supaya lebih ramai orang tidak tertipu dengan jenayah tersebut.

    TechNave berharap agar para pembaca akan kekal berwaspada sewaktu berurus niaga di Facebook. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave 中文版

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...