More

    Jangkaan harga Samsung Galaxy Note20 bocor sebelum pelancaran, bermula ~RM4,748

    Setakat ini, kita mungkin sudah sedia maklum tentang jangkaan spesifikasi Samsung Galaxy Note20 yang bakal menggantikan model terdahulu, siri Galaxy Note10. Menjelang acara pelancarannya pada 5 Ogos ini, kini terdapat sumber yang mendedahkan spekulasi dan jangkaan harga siri Samsung Galaxy Note20.

    Sebelum memaklumkan lebih lanjut mengenai jangkaan harga ini, anda perlu diingatkan bahawa sebarang perbandingan harga yang dibuat dengan model terdahulu adalah berdasarkan harga peranti di pasaran berdasarkan sumber (nilai mata wang Euro). Menurut sumber, Samsung Galaxy Note20 dijangka hadir dengan harga bermula 949 Euro (~RM4,748). Harga permulaan ini dilihat lebih rendah berbanding harga permulaan Galaxy Note10 terdahulu. Galaxy Note20 Ultra pula dilaporkan mungkin hadir dengan harga permulaan 6,499 Euro (~RM6,499).

    Menurut satu sumber yang lain pula, jangkaan harga siri Galaxy Note20 berbeza mengikut varian 4G dan 5G. Galaxy Note20 4G dijangka hadir dengan harga permulaan 999 Euro (~RM4,998), manakala varian 5G mungkin bermula pada 1,099 Euro (RM5,498). Galaxy Note20 Ultra 5G pula dijangka bermula dengan harga 1,349 Euro (~RM6,749).

    Untuk mengetahui jangkaan spesifikasi Samsung Galaxy Note20, anda boleh klik ke pautan ini. Anda juga boleh membaca berita-berita lepas mengenainya.

    Di sisi yang lain, terdapat sumber yang melaporkan cipset Exynos yang bakal hadir pada siri Samsung Galaxy Note20 adalah Exynos 990 yang telah dioptimumkan. Prestasinya dikatakan lebih baik dari versi Snapdragon. Sumber mendakwa cipset Exynos 990 yang dioptimumkan ini boleh diibaratkan seperti Exynos 990+.

    Siri Samsung Galaxy Note20 bakal dilancarkan bersama beberapa peranti baharu lain melalui acara Galaxy Unpacked 2020 pada 5 Ogos ini. Apakah pendapat anda mengenai jangkaan harga dan spesifikasi peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

    Gambar ihsan Winfuture.de

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured