More

    Jemaah haji diminta jangan guna ChatGPT, Google untuk rujuk isu berkenaan haji

    Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas) berkata jemaah haji Malaysia diminta tidak bergantung kepada aplikasi-aplikasi carian maklumat seperti ChatGPT atau Google untuk mendapatkan jawapan mengenai kemusykilan berkaitan hukum-hakam ibadah haji.

    Menurut salah seorang pembimbing Pihtas, Salmah Sheikh Hassan, sebaliknya jemaah boleh bertanya terus kpeada pembimbing ibadat haji yang bertauliah atau menggunakan aplikasi e-Taib (Talian Ibadat) yang boleh diakses melalui platform TH Hujjaj.

    e-Taib menyediakan khidmat perbualan langsung secara dalam talian bersama Pihtas untuk menjawab sebarang persoalan jemaah. Ini amat berguna untuk jemaah yang malu bertanya atau segan berjumpa pembimbing secara fizikal.

    Perkhidmatan e-Taib beroperasi selama 18 jam sehari, dan tempoh itu akan dipanjang kepada 24 jam sehari apabila tiba waktu kemuncak ibadah haji, iaitu seminggu sebelum operasi masyair.

    Antara kemusykilan yang kerap ditanya termasuklah isu berkaitan haid, larangan ihram dan dam. Ada juga jemaah yang sedang berada dalam Majidil Haram dan melalukan tawaf, kemudian rujuk pada e-Taib untuk jawab sebarang kemusykilan.

    Sehingga 2 Mei, sebanyak 4,000 pertanyaan telah pun diterima melalui e-Taib dan kebanyakan soalan yang diterima datang daripada wanita. Setiap soalan akan dijawab dalam tempoh satu ke dua minit jika capaian internet tidak bermasalah.

    Kongsi pendapat anda tentang perkhidmatan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured