More

    Jenama motosikal Harley-Davidson lancar basikal Serial 1 Cycle

    Jenama motosikal terkenal Harley-Davidson kini akan menceburi industri basikal pula, dengan pelancaran basikal elektrik Serial 1 Cycle yang akan mula dijual pada tahun depan. Nama tersebut merujuk kepada “Serial Number One” iaitu nama motosikal Harley-Davidson pertama pada 1903.

    Basikal itu mempunyai skema warna yang menyerupai motosikal pertama Harley-Davidson, seperti tayar putih, rangka hitam serta kerusi dan pemegang yang dibuat daripada kulit. Setakat ini Harley-Davidson tidak memberikan sebarang spesifikasi untuk basikal elektrik tersebut, namun beberapa gambar yang jelas dan sebuah video memberikan padangan awal terhadap komponen basikal itu.

    Jualan basikal elektrik di Amerika Syarikat memperlihatkan peningkatan ketara pada tahun ini, dengan jangkaan sehingga 600,000 unit terjual berbanding 270,000 pada tahun lepas. Sebelum ini, jenama motosikal lain seperti Triumph dan Ducati telah mengumumkan basikal elektrik mereka sendiri.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Harley-Davidson Serial 1 Cycle dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured