More

    Jepun bakal laksana 4 hari kerja dalam seminggu untuk tingkatkan produktiviti, kadar kelahiran

    Jepun kini berdepan cabaran besar dengan populasi yang semakin tua dan kadar kelahiran yang kian menurun. Dengan kadar kelahiran semasa hanya 1.2 bayi bagi setiap wanita, jumlah tersebut jauh di bawah kadar 2.1 yang diperlukan untuk mengekalkan populasi dan tenaga kerja. Kini, kerajaan Jepun berusaha gigih mencari penyelesaian.

    Salah satu inisiatif terkini adalah memperkenalkan empat hari bekerja dalam seminggu. Di Tokyo, langkah ini dilaksanakan terutamanya untuk pekerja wanita yang sudah berkahwin. Matlamatnya adalah memberikan waktu kerja yang lebih fleksibel agar pekerja tidak terbeban dengan tanggungjawab kerja sehingga mengabaikan keperluan membesarkan keluarga.

    Selain itu, Gabenor Tokyo juga telah berjanji untuk menyelesaikan masalah kekurangan pusat jagaan kanak-kanak. Malah, beliau menggalakkan wanita untuk mempertimbangkan teknologi pembekuan telur sebagai persediaan masa depan. Di Wilayah Miyagi, kerajaan bercadang membolehkan semua kakitangan awam bekerja hanya empat hari seminggu menjelang 2026.

    Wilayah Iwate turut mengambil pendekatan yang sama memandangkan jumlah permohonan kerja yang semakin berkurangan. Di Malaysia, langkah sebegini masih berada di peringkat awal. Hanya sebilangan kecil syarikat swasta yang telah melaksanakan kerja empat hari dalam seminggu. Namun, jumlah ini masih terlalu kecil untuk memberikan impak besar.

    Melihat kepada model di Jepun, langkah ini berpotensi menjadi penyelesaian efektif untuk meningkatkan kualiti hidup pekerja serta membantu menangani isu demografi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Japan Times

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured