More

    Jepun bangunkan robot tangan untuk pegang tangan anda, seperti berjalan bersama kekasih!

    Walaupun pembangunan robotik sudah semakin berkembang, namun masih terdapat jurang di antara robot dan manusia sebenar. Sebagai contoh, ciri sentuhan dan suhu memerlukan penyelesaian teknologi robotik yang lebih canggih. Kumpulan pengkaji di sebuah universiti di Jepun kini berjaya membangunkan robot tangan untuk menemani anda sambil berpegangan tangan.

    Robot tangan ini dinamakan sebagai “お散歩彼女”, diterjemahkan secara langsung ke bahasa Melayu sebagai Berjalan Bersama Teman Wanita. Ia dilengkapi ciri mikrokomputer, sensor pemancar tekanan dan pemanas untuk menghasilkan ciri seperti tangan manusia yang sebenar yang boleh memegang tangan anda.

    Kumpulan pengkaji turut menambah ciri bau badan dan bunyi bernafas untuk kemudahan pengguna membayangkan seperti memegang tangan kekasih yang sebenar. Lebih menarik, jika anda berjalan terlalu laju semasa memegang robot tangan, ia akan menarik tangan anda secara romantik seperti meminta anda untuk menunggunya dan berjalan dengan lebih perlahan.

    Menurut sumber, robot tangan ini bergantung kepada peranti pemancar mekanikal dan sistem kecerdasan buatan (AI) untuk membolehkannya mengesan langkah kaki individu yang memegangnya semasa sedang berjalan.

    Apa pun, robot tangan ini hanya dibangunkan dan masih lagi dalam ujian oleh kumpulan pengkaji di Jepun. Kami tidak pasti sama ada ia bakal dikomersialkan atau tidak. Jika robot tangan ini dijual, adakan individu yang tiada pasangan di sisi berminat untuk membelinya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...