More

    Jepun perkenal lot kubur awam elektronik dengan skrin yang boleh tukar nama mendiang

    Jepun telah memperkenalkan sistem lot perkuburan elektronik yang boleh digunakan oleh beberapa orang mendiang. Sebanyak 35 tanah lot perkuburan elektronik tersebut telah dibina di Yachiyo Old Town Spirit Garden (八千代悠久鄉靈園) dan maklumat orang yang telah meninggal dan disemadikan di situ akan terpapar pada skrin yang diletakkan di batu nisan.

    Melalui hubungan Bluetooth, nama orang yang ingin dilawat oleh para pengunjung perkuburan boleh terpapar pada skrin tersebut apabila pengunjung berada berhampiran dengannya. Sebaik sahaja pengunjung beredar, skrin akan berubah kepada paparan asal.

    Harga untuk meletakkan satu nama dalam kubur tersebut berharga 290,000 yen (~RM11,380) untuk penyimpanan selama 13 tahun. Inisiatif ini diambil berikutan populasi warga emas yang semakin meningkat di negara tersebut, di samping lebih ramai orang muda yang enggan berkahwin dan ingin kekal bujang. Kubur awam elektronik ini juga ditujukan kepada mereka yang tidak lagi mempunyai darah keturunan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Unwire HK

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...