More

    Jerayawara Acer Day diadakan di Mid Valley, tawar jualan kilat serendah RM19!

    Acer Malaysia sedang menganjurkan siri jelajah Acer Day ke-10 sempena ulang tahun yang ke-50 di Mid Valley Megamall bermula 6 hingga 12 Julai 2026. Acara ini membolehkan pengunjung mencuba teknologi terkini, menyertai permainan interaktif secara percuma untuk mendapatkan hadiah peribadi serta menikmati tawaran eksklusif untuk komputer riba dan peranti permainan video.

    Antara diskaun utama yang ditawarkan ialah model Acer Aspire Lite 14 (16GB RAM/512GB SSD) pada harga RM2,799 selepas potongan RM200 dan Acer Nitro V 15 dengan kad grafik RTX 4060 pada harga RM4,099 selepas potongan RM600. Model berprestasi tinggi Predator Helios 18 yang dilengkapi cip Intel Core Ultra 9 dan kad grafik RTX 5090 turut menerima potongan harga sebanyak RM2,000.

    Sesi Acer Day Active Hour pada 11 dan 12 Julai 2026 bermula jam 11:00 pagi pula menawarkan barangan terpilih pada potongan harga sehingga 85 peratus atau serendah RM19. Pembelian peranti terpilih melayakkan pelanggan menyertai aktiviti Acer Mystery Box untuk memenangi baucar Adidas atau produk Acerpure selain peluang menebus kredit eWallet Touch n Go sehingga RM200.

    Pengunjung yang menyertai peraduan slogan “With Acer, I can shift the game by…” berpeluang memenangi sepasang tiket ke Busan, Korea bernilai RM25,000. Selain promosi produk, Acer akan menganjurkan acara kecergasan komuniti Acer Active Day pada 1 Ogos 2026 di The Campus, Ampang. Ia merangkumi cabaran litar kecergasan inspirasi HYROX dengan hadiah untuk pemenang terpantas, sesi Yoga dan Zumba komuniti serta Zon Junior Active untuk kanak-kanak.

    Pengunjung yang berminat untuk menyertai aktiviti kecergasan perlu melakukan pendaftaran awal secara dalam talian melalui pautan yang akan dikongsikan di laman Facebook dan Instagram rasmi Acer Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured