More

    Pengguna Android 7.1 ke bawah tidak boleh mengakses pelbagai laman web bermula 2021

    Perkhidmatan pengiktirafan laman web (certificate authority) Let’s Encrypt merupakan antara pengiktiraf antarabangsa yang paling ternama, di mana pengiktirafannya dipakai oleh lebih 30% daripada keseluruhan laman web. Walau bagaimanapun, Let’s Encrypt mengatakan bermula Januari 2021, telefon dengan sistem operasi Android 7.1 dan ke bawah tidak boleh mengakses pelbagai laman web kerana sistem operasi itu tidak boleh lagi membaca pengiktirafan ‘ISG Root X1’ oleh Let’s Encrypt.

    Sejak 2015, Let’s Encrypt telah bekerjasama dengan sebuah lagi badan pengiktirafan bernama IdenTrust untuk membuatkan ‘ISG Root X1’ mampu dibaca oleh kebanyakan pelayar laman web dan sistem operasi. Walau bagaimanapun, kerjasama tersebut akan berakhir bermula 11 Januari 2021 dan peranti-peranti lama mungkin tidak akan lagi mengiktiraf laman web dengan pengiktirafan ‘ISG Root X1’.

    Peranti yang dihasilkan sebelum 2016 mungkin akan terjejas oleh perkembangan ini, termasuklah peranti dengan sistem operasi Android 7.1.1 dan ke bawah. Kerjasama antara Let’s Encrypt dan IdenTrust akan berakhir sepenuhnya pada September 2021. Jika pengguna peranti-peranti tersebut masih ingin membuka laman web yang diiktiraf ‘ISG Root X1’, mereka perlu menggunakan pelayar Firefox namun ia bukanlah langkah yang dijamin akan berjaya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda masih menggunakan Android 7.1 ke bawah dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Police

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...