More

    John Ternus bakal gantikan Tim Cook sebagai CEO Apple bermula September ini

    Tim Cook secara rasmi mengumumkan beliau akan berundur daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Apple bermula 1 September 2026 yang menamatkan tempoh kepimpinan selama lebih 15 tahun. Menurut sumber, Cook tidak akan meninggalkan Apple sepenuhnya, sebaliknya akan mengambil peranan baharu sebagai Executive Chairman bagi terus menyumbang kepada hala tuju strategik Apple.

    Jawatan CEO Apple akan diambil alih oleh John Ternus yang ketika ini mengetuai bahagian perkakasan syarikat. Pelantikan ini dilihat sebagai sebahagian daripada pelan peralihan kepimpinan jangka panjang Apple. Sepanjang era kepimpinan Cook, Apple mencatat pertumbuhan luar biasa termasuk menjadi syarikat pertama dunia yang mencapai nilai pasaran melebihi AS$4 trilion.

    Beliau juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem produk serta memperluas perkhidmatan digital syarikat. Peralihan ini menandakan berakhirnya era pasca Steve Jobs dengan perhatian kini tertumpu kepada hala tuju baharu Apple di bawah kepimpinan Ternus khususnya dalam segmen perkakasan dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Pengumuman tersebut turut memberi kesan awal kepada pasaran saham dengan harga saham Apple dilaporkan menunjukkan sedikit penurunan susulan berita berkenaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured