More

    JOI Work Ultra PC Series ialah komputer terbaik untuk tugas profesional anda, ini sebabnya:

    Buat golongan profesional yang inginkan komputer berprestasi tinggi untuk pelbagai tugasan, anda pasti bukan sahaja memerlukan komputer yang lancar pada setiap masa, malah anda perlukan komputer yang tidak akan mengalami lag sewaktu anda membuka perisian berat yang memerlukan pemprosesan tinggi.

    Ini terutamanya penting buat para penyunting video, artis imej 3D, jurutera, arkitek, pembangun perisian dan banyak lagi golongan profesional yang sangat bergantung kepada prestasi komputer mereka. Anda tidak boleh bergantung kepada komputer-komputer harian sahaja untuk lakukan tugasan penting seperti yang disenaraikan tadi.

    Bagi memenuhi standard tinggi yang diinginkan oleh golongan profesional, JOI Work Ultra PC Series dilengkapi komponen dan spesifikasi terkini yang boleh hasilkan prestasi pantas. Untuk ketahui bagaimana komputer ini boleh bantu anda dalam tugasan harian, ayuh lihat setiap aspeknya:

    Dilengkapi pemproses Intel® Core™ Ultra (Series 2)

    Pemproses ini menyediakan prestasi yang sangat tinggi untuk setiap Watt, di mana ia boleh dilengkapi sehingga 24 teras. Ia terdiri daripada sehingga lapan teras prestasi (P-Cores) dengan kelajuan sehingga 5.7GHz Max Turbo, dan sehingga 16 teras kecekapan (E-Cores) dengan kelajuan sehingga 4.6GHz Max Turbo Frequency.

    Ini bermaksud Intel® Core™ Ultra (Series 2) bukan sahaja boleh menjana prestasi yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya, malah boleh melakukannya dengan kecekapan tenaga yang lebih tinggi. Ia akan menyediakan prestasi yang cukup untuk pelbagai perisian berat seperti penjanaan imej 3D, penyunting video, penyunting gambar, pengekodan dan banyak lagi.

    JOI Work Ultra PC Series juga menawarkan memori yang besar dan pantas, dengan storan SSD sehingga 2TB dan RAM 32GB bagi memberikan ruang yang besar untuk sebarang tugasan anda. Ini sangat membantu dalam menangani pelbagai tugas seperti penjanaan berat (heavy rendering), pemprosesan AI, multi-tugas dan operasi perniagaan.

    Prestasi AI yang lebih pantas

    Pada waktu ini, teknologi kecerdasan buatan (AI) kerap digunakan dalam pelbagai tugasan harian bagi memudahkan aliran kerja. Pemproses Intel® Core™ Ultra (Series 2) dilengkapi Unit Pemprosesan Neural (NPU) baharu yang dikhaskan untuk tugasan AI, bagi meringankan beban CPU dan GPU untuk melakukan tugas lain.

    Unit NPU ini mempunyai kelajuan sehingga 13 TOPS, membuatkannya lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ia boleh melakukan pelbagai tugasan berdasarkan AI seperti penjanaan imej generatif dengan lebih pintar dan pantas. Selain itu, prestasinya akan kekal relevan selama beberapa tahun lagi (future-ready) jadi anda boleh mengharapkan padanya dengan tempoh yang lama.

    "
    "

    Dilengkapi GeForce RTX untuk prestasi grafik tinggi

    Setiap komputer JOI Work Ultra PC Series dilengkapi pemproses grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 50 Series terkini bagi menyediakan prestasi grafik yang terpantas untuk tugasan anda. Untuk mereka yang kerap bekerja dengan penjanaan imej 3D, komponen RTX™ 50 Series ini pasti amat dihargai untuk aliran kerja yang lebih lancar, walaupun dengan imej yang kompleks.

    RTX™ 50 Series dilengkapi Tensor Cores generasi kelima yang direka khas untuk meningkatkan prestasi AI dalam pemprosesan grafik. Ini juga membenarkan model AI yang lebih kompleks untuk dijalankan dengan lebih pantas tanpa mengorbankan kualiti grafik dan membenarkan pelbagai tugas untuk dilakukan dengan lebih lancer seperti suntingan video, penjanaan imej 3D dan rekaan grafik.

    Selain itu, ini merupakan GPU pengguna pertama yang dilengkapi memori GDDR7 yang menyediakan bandwidth lebih tinggi  dan penggunaan tenaga lebih cekap berbanding GDDR6X. Ia turut dilengkapi NVIDIA® Encoder (NVENC) And Decoder (NVDEC) generasi ke-9 yang menyokong 4:2:2 encoding/decoding dan AV1 Ultra High Quality (UHQ), penting untuk penyunting video yang bekerja dengan fail video berkualiti tinggi dan pemampatan cekap (efficient compression).

    Tiga varian untuk setiap kategori bajet

    JOI Work Ultra PC Series ditawarkan dalam tiga varian utama yang dipisahkan mengikut bajet, supaya anda boleh menikmati prestasi tertinggi yang padan dengan bajet anda. Lebih-lebih lagi, anda boleh dapatkan harga promosi yang lebih murah jika anda belinya sebelum 15 Julai 2025.

    Berikut adalah varian JOI Work Ultra PC Series yang anda boleh beli:

    • JOI Work Ultra PC Series 9490
      • Dilengkapi Intel® Core™ Ultra 9-285K | 32GB RAM | 2TB SSD | GeForce RTX™ 5080 16GB
      • Harga promosi RM14,299 (harga asal RM15,999)
    • JOI Work Ultra PC Series 7170
      • Dilengkapi Intel® Core™ Ultra 7-265K / 7-265KF | 32GB RAM | 1TB SSD | GeForce RTX™ 5070 12GB
      • Harga promosi RM8,099 (harga asal RM9,099), percuma kipas Slevflow ASQ Zephyr PWM ARGB 12cm Fan x4 unit (bernilai RM88)
    • JOI Work Ultra PC Series 5140
      • Dilengkapi Intel® Core™ Ultra 5-245K / 5-245KF | 16GB RAM | 1TB SSD | GeForce RTX™ 5060 Ti 8GB
      • Harga promosi RM,5899 (harga asal RM6,899)

    Pelbagai pakej tambahan menarik

    Dengan setiap pembelian JOI Work Ultra PC Series, anda boleh dapatkan promosi pembelian-dengan-pembelian (PWP) untuk sistem operasi Windows 11 Pro pada harga RM649 sahaja (harga asal RM739. Ia menawarkan fungsi yang lengkap untuk pemilik perniagaan, keselamatan yang dipertingkat, akses kawalan jauh dan alatan produktiviti.

    Untuk mereka yang ingin menggunakan komputer ini untuk tugasan peribadi, anda boleh dapatkan Windows 11 Home melalui promosi PWP pada harga RM549 sahaja (harga asal RM639).

    Seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh dapatkan harga promosi untuk JOI Work Ultra PC Series sebelum 15 Julai 2025. Selain itu, setiap pembeli juga akan menerima e-baucar GrabFood bernilai RM100. Promosi GrabFood ini hanya akan berlangsung sehingga 28 Jun 2025 sahaja.

    Untuk lihat sendiri kehebatan JOI Work Ultra PC Series, anda boleh datang ke GLOO Hyperstore di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Anda boleh hubungi sendiri pembantu jualan kami iaitu Jared, Arsyad, Khairul, Minn, Ven Zhe, Azlan, Saidatul dan Keat untuk pertanyaan lanjut. Di samping itu, anda juga boleh layari laman web GLOO atau iTworld untuk maklumat lanjut mengenainya.

    Kongsikan bersama kami di Facebook jika anda berminat dengan JOI Work Ultra PC Series dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh SNS Network]

     

    Artikel Terkini

    Malaysia kini hasilkan bateri EV sendiri, pertama di Asia Tenggara!

    Malaysia memulakan fasa pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV) rekaan tempatan bulan ini menerusi inisiatif bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Projek...

    Disney+ mungkin tawarkan pelan percuma untuk saingi YouTube

    Disney sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pelan langganan Disney+ yang percuma dengan sokongan iklan. Perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Produk dan Teknologi...

    Selepas 3 hari dilancarkan, Meta henti ciri Muse AI susulan isu privasi pengguna

    Meta telah menamatkan ciri penjanaan imej Muse AI hanya tiga hari selepas ia diperkenalkan kepada umum. Keputusan tersebut dibuat susulan kritikan meluas...

    Netflix bakal berubah? Siaran TV 24 jam dilapor dalam perancangan

    Netflix dilaporkan sedang menjalankan perbincangan dalaman bagi memperkenalkan saluran televisyen langsung yang bersiaran 24 jam sehari. Langkah ini diambil susulan data menunjukkan...

    Xiaomi perkenal Sky Nomad N90, SUV dengan jarak perjalanan capai 1,500KM!

    Xiaomi secara rasmi mendedahkan model SUV terbaharu, Sky Nomad N90 yang menandakan pengenalan sub-jenama baharu syarikat tersebut, Sky Nomad. Jenama Sky Nomad...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...