More

    Jom dapatkan komputer Windows 11 dengan diskaun sehingga RM2,389 di GLOO dan iTworld!

    Jika anda sedang mencari komputer riba berkualiti tinggi yang dilengkapi pemproses Intel dan sistem operasi Windows 11, GLOO dan iTworld sedang menganjurkan promosi khas sehingga 30 September 2024 yang menawarkan diskaun sehingga RM2,389 untuk pelbagai jenama komputer.

    Anda boleh dapatkan promosi khas ini di GLOO Counter @ AEON Multimedia Department, GLOO Hyperstore @ Queensbay Mall dan cawangan iTworld Retail Store. Jenama komputer yang akan dijual pada harga diskaun termasuklah Microsoft Surface, Acer, ASUS, HP dan MSI.

    Semua komputer Intel kini dilengkapi sistem operasi Windows 11 yang menawarkan prestasi berkelajuan tinggi untuk memenuhi semua keperluan anda, antara UI yang mesra pengguna, keselamatan utuh serta kebolehan AI dan pembelajaran mesin yang canggih.

    Berikut adalah manfaat yang disediakan oleh sistem operasi Windows 11 untuk pengalaman seharian anda yang lebih bagus:

    Mudahkan tugasan anda dengan Copilot di Windows!

    Windows 11 kini menawarkan pembantu digital berdasarkan kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil Copilot. Ia boleh membantu anda dalam pelbagai tugas seperti menyelidik maklumat mendalam tentang sesuatu topik, menulis surat, menyenaraikan jadual perjalanan, merumuskan artikel panjang, membuat slaid pembentangan dan banyak lagi.

    Di samping itu, ia juga mempunyai fungsi Generative AI yang boleh mencipta karya AI dengan cepat dan mudah. Apa sahaja yang bermain dalam fikiran, anda boleh minta AI janakan sebuah gambar untuknya. Hanya imaginasi sahaja menjadi batasan anda!

    Aplikasi lain juga memanfaatkan AI

    Beberapa aplikasi lain di Windows seperti Paint, Photos, Snipping Tool juga mempunyai fungsi-fungsi yang dikuasakan oleh AI. Sebagai contoh, Photos boleh membuang latar belakang dalam gambar anda atau memadamkan objek yang tidak diingini dengan Generative Erase.

    AI juga digunakan untuk meningkatkan kualiti pengesahan suara (voice recognition) dan penyuntingan video dalam aplikasi Clipchamp, memperkukuh keselamatan siber serta membenarkan pengurusan tugas (task management) yang lebih pintar.

    Keselamatan siber tertinggi

    Windows 11 didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Microsoft Defender Antivirus untuk mengelakkan anda menjadi mangsa serangan siber dan melindungi anda daripada serangan virus, Microsoft Defender SmartScreen yang mengesan sebarang aplikasi berbahaya dan Windows Firewall untuk halang serangan penggodam (hackers).

    Anda juga boleh mengunci akses kepada komputer dengan Windows Hello. Ia akan memastikan supaya hanya anda sahaja yang boleh menghidupkan komputer dengan kaedah pengesahan wajah atau cap jari, serta kunci PIN.

    Ia juga mempunyai Passkey yang membantu anda mendaftar masuk ke dalam pelbagai laman web dengan lebih selamat dan pantas. Passkey merupakan sebuah pengiktirafan digital yang disimpan dalam komputer bagi memudahkan anda mendaftar masuk ke dalam laman web.

    UI yang mesra pengguna

    Windows 11 membenarkan anda untuk mengubahsuai desktop anda kepada pelbagai tema untuk kerja, sekolah, atau gaming, dengan latar belakang pelbagai warna dan imej.

    Selain itu, jika anda kerap membuka pelbagai tetingkap serentak, anda kini boleh gunakan fungsi Snap untuk susun beberapa tetingkap dengan lebih tersusun pada skrin. Taskbar juga kini mempunyai butang Task View yang memudahkan anda untuk menguruskan beberapa desktop serentak.

    Tingkatkan pengalaman anda dengan aksesori tambahan

    Komputer Windows 11 memudahkan anda untuk menyambungkannya dengan peranti tambahan, seperti beberapa monitor 4K serentak atau mengecas peranti lain melalui port Thunderbolt 4. Beberapa komputer terpilih juga menyokong peranti untuk fungsi tambahan seperti menaip menggunakan suara (voice typing), penggunaan pen digital dan input sentuhan (touch gestures).

    Untuk melihat komputer-komputer yang ditawarkan dalam promosi ini, anda boleh lawati GLOO Counter @ AEON Multimedia Department, GLOO Hyperstore @ Queensbay Mall atau iTworld Retail Store.

    Adakah anda akan membeli komputer Windows 11 yang terdapat dalam promosi khas ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh iTworld dan GLOO]

     

    Artikel Terkini

    StepX Neo tiba sebagai telefon pintar “agentic” pertama di dunia

    Syarikat kecerdasan buatan (AI) China, StepFun, melancarkan StepX Neo sebagai telefon pintar pertama dunia yang menggunakan sistem operasi berasaskan ejen dikenali sebagai...

    Waze integrasikan Gemini AI untuk laluan motosikal dan kereta

    Google mengumumkan kemas kini aplikasi Waze yang mengintegrasikan bantuan Gemini AI bagi meningkatkan pengalaman navigasi pengguna. Kemas kini terbaharu menawarkan mod khusus...

    HONOR CHOICE KUMI AI Note rasmi di Malaysia dengan sokongan 130 bahasa berharga RM699

    HONOR Malaysia melancarkan perakam suara pintar HONOR CHOICE KUMI AI Note yang menampilkan reka bentuk kad nipis dengan ukuran 2.89mm direka untuk...

    Malaysia kini hasilkan bateri EV sendiri, pertama di Asia Tenggara!

    Malaysia memulakan fasa pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV) rekaan tempatan bulan ini menerusi inisiatif bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Projek...

    Disney+ mungkin tawarkan pelan percuma untuk saingi YouTube

    Disney sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pelan langganan Disney+ yang percuma dengan sokongan iklan. Perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Produk dan Teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured