More

    Jom karaoke! Spotify lancarkan fungsi Lyrics di Malaysia

    Bermula hari ini, aplikasi pemain muzik Spotify akan mengemas kini perkhidmatannya dengan fungsi Lyrics untuk semua pelanggan di Malaysia. Melalui fungsi ini, lirik lagu yang dimainkan akan terpapar dalam skrin peranti.

    Fungsi ini dijayakan melalui kerjasama dengan Musixmatch, sebuah laman web yang mempunyai katalog lirik lagu dan terjemahannya yang terbesar di dunia. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu menekan pada butang Lyrics dalam skrin Now Playing.

    Spotify sudah pun mencipta beberapa senarai lagu yang sesuai untuk dinyanyikan bersama fungsi Lyrics ini, termasuklah senarai Jom Karaoke! yang menampilkan lagu-lagu Malaysia dan Indonesia kegemaran ramai. Malaysia adalah antara negara terawal yang menerima fungsi baru ini, selain Indonesia, Thailand, Singapura, Taiwan, India, Hong Kong dan lain-lain.

    Nampaknya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, anda bolehlah berkaraoke di rumah dengan Spotify. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...